Saturday, 4 April 2015
KISAH PERNIAGAAN TIJARAH TUNJIKUN ENTERPRISE
Hanya bermodalkan RM 5000 perniagaan ini mampu berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Perniagaan ini bertapak sebagai sebuah syarikat pengeluar produk makanan Sunnah, Tijarah Tunjikun Enterprise yang diasaskan oleh Encik Kamarulzaman bin Bakri bersama isterinya, Prof Madya Dr. Zuraina di Cmart, Changlun, Kedah telah mencipta satu fenomena baru kepada pengguna di negara ini.
Beroperasi pada awal 2013, Encik Kamarulzaman telah menggunkan segala kemahiran dan ilmu beliau di dalam bidang perakaunan dan perancang kewangan agar perniagaan ini berjalan dengan lancar.
Beliau telah menggunakan pelbagai strategi bagi meningkatkan jualan hasil syarikat beliau, dan beliau turut menggunakan pengalam beliau sebagai sebagai seorang usahawan roti sewaktu di bangku sekolah dahulu.
Walaupun perniagaan masih baru tetapi kini Tijarah Tunjikun Enterprise mampu berdiri teguh seiring dengan syarikat-syarikat lain yang telah maju ke hadapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment