Saturday, 18 April 2015
Saturday, 4 April 2015
KISAH PERNIAGAAN TIJARAH TUNJIKUN ENTERPRISE
Hanya bermodalkan RM 5000 perniagaan ini mampu berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Perniagaan ini bertapak sebagai sebuah syarikat pengeluar produk makanan Sunnah, Tijarah Tunjikun Enterprise yang diasaskan oleh Encik Kamarulzaman bin Bakri bersama isterinya, Prof Madya Dr. Zuraina di Cmart, Changlun, Kedah telah mencipta satu fenomena baru kepada pengguna di negara ini.
Beroperasi pada awal 2013, Encik Kamarulzaman telah menggunkan segala kemahiran dan ilmu beliau di dalam bidang perakaunan dan perancang kewangan agar perniagaan ini berjalan dengan lancar.
Beliau telah menggunakan pelbagai strategi bagi meningkatkan jualan hasil syarikat beliau, dan beliau turut menggunakan pengalam beliau sebagai sebagai seorang usahawan roti sewaktu di bangku sekolah dahulu.
Walaupun perniagaan masih baru tetapi kini Tijarah Tunjikun Enterprise mampu berdiri teguh seiring dengan syarikat-syarikat lain yang telah maju ke hadapan.
BIODATA PEMILIK
Kamarulzaman Bin Bakri ialah seorang usahawan di Malaysia. Beliau memulakan syarikat beliau sendiri Tijarah Tunjikun Enterprise di Changlun, Kedah Darul Aman.
Beliau dilahirkan pada 1 Mac 1968 di Selangor dan pernah dibesarkan di Perak selama 5 tahun. Beliau merupakan seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Kedah dan mengajar subjek perakaunan.
Beliau pernah bersekolah di Sekolah Azlan Shah, Ipoh, Kedah Darul Aman pada tahun 1981 sehingga 1985. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Matrikulasi UUM pada tahun 1986 sehingga 1987 di dalam bidang perakaunan. Selepas itu, beliau menyambung ijazah sarjana muda juga di dalam bidang perakaunan di UUM pada tahun 1994 diikuti sarjana pentadbiran perniagaan pada 1999, juga turut dari UUM. Beliau juga merupakan perancang kewangan bertauliah (CFP)-FPAM, 2002.
Beliau mula menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi di mana beliau berjinak-jinak di dalam perniagaan roti. Selain itu, beliau juga mempunyai darah perniagaan kerana ayahnya dulu juga merupakan seorang ahli perniagaan.
Beliau berkahwin dengan Prof Madya Dr. Zuraina yang merupakan seorang pernsyarah di UUM. Beliau mempunyai 4 orang anak yang terdiri daripada 3 orang perempuan dan seorang lelaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)